dia adalah adik kepada teman paling istimewa aku, Muhd Hafiz..tp mgkin xde jdoh..hope awk bhgia.. :(
telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan,
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
kau sahabatku kau teman sejati..
tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti,
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
memori indah kita bersama terus bersemadi,
kau sahabatku kau teman sejati..
sudah ditakdirkan kau pergi dulu disaat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangi dirimu,ku pasrah diatas kehendak Yang Esa..
Ya Allah,
tempatkannya ditempat yg mulia,tempat yg dikau janjikan nikmat utk hambamu,
sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini,walau kutahu kau tiada disisi..
perjuangan kita masih jauh beribu batu,selagi roh masih dijasad hidup diteruskan,
sedih rasa hati ini bila mengenangkan dikau,bagai semalam kau bersama kami..
moga amanlah dan bahagia dikau disana,
setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan,
moga disana kau bersama para solihin,
kau sahabatku kau teman sejati..
telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
kerana takdir yg Maha Esa telah menetapkan,
sedih rasanya hati ini mangenangkan,
kau sahabatku kau teman sejati...
No comments:
Post a Comment